12:50 AM

Pak Payn House

Posted by ANUAR SANi

 24 Sep 2010
Sekali sekala buang masa dengan teman teman diluar dari pejabat sememangnya menyeronokkan. Jemputan Pp ke rumahnya memang berbaloi. Dengan fasiliti yang lengkap termasuklah medan rekreasinya membuatkan kami lupa sejenak. Terima kasih Pp dan Kak Aishah dengan jamuan dan layanan hebat kami terima. 

pulut kuning dengan daging rendang special.
memang sedap memang terangkat.


Pp (pak Payn) bukan setakat boss yang hebat tapi
juga memang bagus dalam permainan snooker ni. Tapi setakat ni aku dan Pp masih ada satu game penentuan sebab waktu main ni, kami draw. Sebenagnya aku saja ja tu. Takkan nak bagi boss kalah kot? hehehehe!



tuan haji kamil. antara orang kuat dallah group di jeddah. mungkin sedang berchating ngan keluarganya di malaysia kot.


pulut kuning, buah melaka, antara yang
menjadi habuan perut aku hari ni.


sempat lagi bergambar kat
belakang rumah Pp.


pokok kelapa bercabang dua. tak
 pasti adakah ianya pokok kelapa
macam kat mesia tapi mungkin
dari species kelapa la jugak ni.


pelbagai juadah disediakan oleh Pp dan
Kak Aishah untuk kami hari tu
sampai kembung perut aku.


hidangan malam yang menjadi penutup
 tirai sebelum kami berangkat pulang
ke NPC.


Gulai udang dan nasi himpit lagi.
pergh, memang tak dapat disangkal
lagi bahawa kak aishah sememangnya
 seorang chef yang hebat.


gambar kenangan bagi semua jejaka tampan
 dari kiri ialah Tuan Haji Idris,
Tuan Haji Kamil, Zainal, Aku dan Pak Payn.


Entah apalah yang khusyuk sangat si Idrisdan
Tuan Kamil kita tu dok tengok?
 Akhir kata buat Pp dan Kak Aishah serta keluarga, Aku ucapkan jutaan terimakasih sebab meluangkan masa melayan aku yang jenal yang pagi2 buta lagi dah sampai kat umah Pp. Insyaallah, kalau ada masa, kami akan menjengokkan muka kami yang tak senonoh ni ke sana lagi. hehehehe!

0 comments:

Post a Comment

MUSiC>LOVER


BUBBLES>LOVER