10:16 PM

Malaysian Fruit> Durian

Posted by ANUAR SANi




tu dia durian gunung jerai kalau hampa nak tahu.sedap woooo. durian gunung jerai ni memang terkenal la kat kedah ni sebab rasanya yang memang pergh, nak aku citer serba sedikit pasai durian ni. Durian merupakan “Raja Buah” di kalangan buah. Nama saintifik bagi durian ialah Durio Kutejensis. Pokok buah durian yang tua berketinggian 100 kaki manakala pokok durian yang muda berketinggian kira-kira 20-30 kaki. Buah durian mempunyai permukaan kulit yang berduri. Ada sesetengah buah durian yang berwarna hijau kekuningan manakala sesetengah yang lain berwarna hijau keperang-perangan. Terdapat beberapa jenis buah durian yang dikenal pasti iaitu nasi kunyit, emas kertas, hutan, kucing tidur, gula batu, jantung. “Ripan anghe” dan “Ohiop”. Kesedapan isi buah durian mengikut kepada jenis buah durian itu sendiri. Isi durian juga berwarna kuning keemasan. Pokok durian mengambil masa 7 tahun untuk mendapatkan buahnya. Untuk mendapatkan buah yang baik, kita perlu menanamnya di kawasan berbukit. Biasanya berat durian mencapai 1 hingga 2 kilogram. Buah durian yang paling mahal ialah nasi kunyit yang mencecah RM 60.00 manakala buah durian yang paling murah ialah buah durian tebuk tupai yang berharga RM 4.50. Durian boleh dimakan begitu sahaja. Antara akanan yang boleh dihasilkan ialah kek, aiskrim, kuah durian, lempuk & tempoyak. Rasanya sungguh enak sekali. Rugi kalau tidak mencubanya. Air kosong yang diisi di dalam pangsa durian boleh diminum kerana habuk isinya yang tertinggal di dalam pangsa boleh menyekat rasa panas apabila kita memakannya. Selain itu, musim buah durian sama dengan musim buah rambutan iaitu bulan Mei, Jun dan Julai. Biji buah durian juga boleh ditanam dan mengambil masa yang lama untuk tumbuh, manakala biji buah durian kahwin mengambil masa yang singkat untuk tumbuh. hm,, dah la kot nak tahu banyak lagi pasal durian ni hampa search jer la dalam tenet tu. berkoyan2 muncul nanti kisah durian ni.

0 comments:

Post a Comment

MUSiC>LOVER


BUBBLES>LOVER